Salam hormat kepada semua,
Tahun 2010 agak merugikan bagi saya kerana meninggalkan terus “dunia keblogan” kerana terjerumus ke “dunia kefacebookan”, artikel pertama saya untuk 2010 pada permulaan tahun dan ini kali ke -2 untuk tahun ini. (2 artikel setahun?)
Tahun 2010 juga menyaksikan pasukan kegemaran saya Brazil gagal meraih Piala Dunia di Afrika Selatan, juga pasukan Real Madrid yang gagal dalam segalanya.
Beralih ke suatu sudut yang lain, alhamdulillah negara kita masih aman damai sebagaimana dulu dan berharap agar berkekalan hendaknya.
Arena politik menyaksikan penutup tahun 2010 adalah kejayaan BN memenangi pilihanraya kecil Dun Galas, manakala pembuka tirai 2011 pula menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil di Dun Tenang, parlimen Labis.
Sukan pula penuh dengan suka duka, tetapi lebih baik membicarakan soal kejayaan daripada mengungkit kisah duka.
Malaysia berjaya meraih pingat terbanyak dalam sejarah negara pada Sukan Komenwel baru – baru ini.
Juga kejayaan pasukan bolasepak negara yang selangkah sahaja lagi untuk menjuarai Kejohanan Piala AFF Suzuki apabila menumpaskan pasukan Indonesi 3-0 pada perlawanan final pertama, untuk mengesahkan kejuaraan Malaysia perlu menyambung tugas 90 minit lagi di Stadium Utama Bung Karno di Jakarta.
Hiburan menyaksikan rentetan daripada tahun kebelakangan ini, hantu – hantu difilemkan. Malah pada musim perayaan Aidilfitri yang lalu banyak hantu – hantu dilepaskan di kaca tv (maklumlah sebulan dirantai di bulan Ramadhan) apa nak jadi agaknya.
Apa – apapun tahun 2011 akan menjenguk kita 2-3 hari sahaja lagi, saya doakan kita semua selamat dan kehidupan manusia sejagat seantero dunia makin sukses!
Selamat tinggal 2010...!
0 ulasan:
Catat Ulasan