Halaman

Khamis, 30 Disember 2010

2 Jam Di Kuala Lumpur

*p/s ii : Antara yang sempat gak aku sambar.


.
Kelmarin 29 hb aku bergerak ke KL, kira kira jam 6 pagi la lebih kurang, sampai pkul 7 berenti kat Masjid Geliga, Kemaman.

Kemudian sambung balik perjalanan, hampir pukul 9 tetiba 'mum' tersedar something tertinggal, mahu tak mahu terpaksa berpatah balik ke Dungun, walaupun kata orang tua tua tak elok berpatah balik jika mahu 'berjalan jauh'.

Jam 10 sampai Dungun, kemudian bertolak lagi sekali ke KL, aduhh. Hujan punya la lebat dan jalan agak jem terutama area Kemasik, jam 12 baru lah naik LPT. "rush hour" aku pecut 200km/j atas highway sambil menahan telinga mendengar my mum pasangkan lagu Sudirman hapir 3-4 kali repeat cd yang sama.

Amcorp Mall di PJ itulah destinasi yang dituju, terima kasih kepada OVI Maps yang setia menunjukkan arah dengan jayanya (walaupun versi yang di"crack" oleh aku sendiri)
Sampai jam 3 kat PJ, setelah 2 jam berada di Tingkat 3 Amcorp Mall tersebut aku terus bertolak pulang ke Dungun.

Sempat juga singgah kat RR Genting Sempah untuk menonton siaran langsung final ke 2 Piala AFF Suzuki, tahniah pada negara dan pada aku sendiri jua kerana memberikan sokongan padu maut pada pasukan negara.

Apa - apapun, cukup penat...

p/s : i. Buat apa aku 2 jam kat Amcorp Mall tu? Tak payah la korang tahu...ha ha ha
       ii. Sewaktu turun dari sempat jugak aku sambar sehelai jaket dan 2 helai jersi Real Madrid

Politik 2010

Berikut ialah kronologi peristiwa politik tanah air sepanjang tahun 2010.

JANUARI:
1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:
12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:
1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:
25 - Calon Barisan Nasional P Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:
14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS:

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor.

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.

--Bernama

Selasa, 28 Disember 2010

Selamat Tahun 2011

Salam hormat kepada semua,

Tahun 2010 agak merugikan bagi saya kerana meninggalkan terus “dunia keblogan” kerana terjerumus ke “dunia kefacebookan”, artikel pertama saya untuk 2010 pada permulaan tahun dan ini kali ke -2 untuk tahun ini. (2 artikel setahun?)

Tahun 2010 juga menyaksikan pasukan kegemaran saya Brazil gagal meraih Piala Dunia di Afrika Selatan, juga pasukan Real Madrid yang gagal dalam segalanya.

Beralih ke suatu sudut yang lain, alhamdulillah negara kita masih aman damai sebagaimana dulu dan berharap agar berkekalan hendaknya.

Arena politik menyaksikan penutup tahun 2010 adalah kejayaan BN memenangi pilihanraya kecil Dun Galas, manakala pembuka tirai 2011 pula menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil di Dun Tenang, parlimen Labis.

Sukan pula penuh dengan suka duka, tetapi lebih baik membicarakan soal kejayaan daripada mengungkit kisah duka.

Malaysia berjaya meraih pingat terbanyak dalam sejarah negara pada Sukan Komenwel baru – baru ini.
Juga kejayaan pasukan bolasepak negara yang selangkah sahaja lagi untuk menjuarai Kejohanan Piala AFF Suzuki apabila menumpaskan pasukan Indonesi 3-0 pada perlawanan final pertama, untuk mengesahkan kejuaraan Malaysia perlu menyambung tugas 90 minit lagi di Stadium Utama Bung Karno di Jakarta.

Hiburan menyaksikan rentetan daripada tahun kebelakangan ini, hantu – hantu difilemkan. Malah pada musim perayaan Aidilfitri yang lalu banyak hantu – hantu dilepaskan di kaca tv (maklumlah sebulan dirantai di bulan Ramadhan) apa nak jadi agaknya.

Apa – apapun tahun 2011 akan menjenguk kita 2-3 hari sahaja lagi, saya doakan kita semua selamat dan kehidupan manusia sejagat seantero dunia makin sukses!

Selamat tinggal 2010...!

Jumaat, 8 Januari 2010

Penggunaan "ALLAH" Yang Pasti Mengelirukan

 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...