Halaman

Isnin, 1 September 2008

Kenapa Saya Masih Gunakan Windows

Saya merupakan pengguna Ubuntu yang tegar..segala tugas-tugas harian melibatkan komputer saya gunakan Ubuntu. Namun saya masih lagi menggunakan "dual-boot" bersama dengan Windows hanya kerana 1 perkara.

Linux masih tiada lagi perisian penyuntingan video. Jika pada Windows saya gunakan EditStudio 4 ataupun Ulead, saya sentiasa tercari-cari dan mencuba beberapa perisian penyuntingan video untuk Linux antaranya adalah Cinelerra. Namun ianya tidak mencapai apa yang saya inginkan.

Saya berharap sekiranya ada diantara anda semua mengetahui perisian-perisian yang dimaksudkan oleh saya, sila hubungi saya.Untuk mencuba perisian Cinelerra, buka Terminal masukkan arahan berikut :

Untuk pengguna Ubuntu 8.04
sudo wget http://repository.akirad.net/dists/hardy.list -O /etc/apt/sources.list.d/akirad.list

Untuk pengguna Ubuntu 7.10
sudo wget http://repository.akirad.net/dists/gutsy.list -O /etc/apt/sources.list.d/akirad.list

Kemudian tekan kekunci ENTER, selepas itu masukkan arahan berikut pula
wget -q http://repository.akirad.net/dists/akirad.key -O- | sudo apt-key add - && sudo apt-get update

Tekan kekunci ENTER, kemudian masukkan arahan untuk memasang Cinelerra
sudo apt-get install cinelerra-generic

Kemudian tekan kekunci ENTER. Selesai...

5 ulasan:

melayubuntu berkata...

hmmm...2 la pasal...aku dh try cinnelera nih...tp mcm xstabil jerk...huhu

En.Lanun berkata...

@melayubuntu : ye....kadangkala dia "hang" ntah la...dia punya tool pun terlalu komplikated sangat. Macam nak buat filem Holywood plak rasanya :-)

wan-adlan berkata...

saya rasa, jahshaka adalah sesuai untuk en Lanun....sebab saya pernah menghadiri kurusus jahshaka.. agak bagus..walaupun masih ada beberapa kelemahan...

En.Lanun berkata...

Terima kasih....nanti saya akan mencubanya..boleh berikan link berkaitan dengan Jahshaka tu? Hehehe...bukan ape, kalu diberi lagi bagus, tak payah mencari :-p

wan-adlan berkata...

saya bukanlah org yang mahir sgt dlm video editing..tp sy diberi peluang untuk menghadiri training open source - gimp dan jahshaka anjuran tmpt keje sy (goverment)..agak menyeronokkan jgk ms tu.. tp skg sy mmg dah lama x guna lepas training tu, sb mmg bukan bidang sy..so en lanun boleh la mencuba...manalah tau sesuai untuk en lanun..
link - http://jahshaka.org/

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...