![]() | ||||
*p/s ii : Antara yang sempat gak aku sambar. | . |
Halaman
Khamis, 30 Disember 2010
2 Jam Di Kuala Lumpur
Politik 2010
JANUARI:
1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.
FEBRUARI:
12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.
28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.
MAC:
1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.
3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.
6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.
28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.
APRIL:
25 - Calon Barisan Nasional P Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.
MEI:
14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.
16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.
JUN:
11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.
JULAI:
22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.
OGOS:
1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.
SEPTEMBER:
1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.
OKTOBER:
23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.
4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.
4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.
19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.
20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.
24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.
28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.
28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor.
DISEMBER:
1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.
6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.
13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.
15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2
15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.
17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.
27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.
--Bernama
Selasa, 28 Disember 2010
Selamat Tahun 2011
Jumaat, 8 Januari 2010
Sabtu, 19 Disember 2009
Negara “matador” Haramkan Laga Lembu!
Aku tengok Buletin Utama tadi, ter”lawak” la pulak rasanya tengok pasal “Palimen Sepanyol luluskan rang-undang undang haramkan laga lembu buat buat kali pertama”
Emm…sememangnya Sepanyol sebuah negara yang terkenal dengan aktiviti-aktiviti “kelembuan” ini. Tapi aku tak pasti la diorang haramkan “laga lembu dengan lembu” dan masih halalkan “laga lembu dengan matador” ataupun kedua-duanya sekali.
Aku suka Sepanyol, pasal aku minat Raul Gonzales.
Jumaat, 18 Disember 2009
Tanda 100 Hari Sebelum Kita Menemui Ajal
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membua tpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung ibanyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagiorang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Selasa, 15 Disember 2009
RON 95 vs RON 97
Sejak kerajaan mengumumkan pengeluaran minyak Ron 95 menggantikan Ron 97 [klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter murah 5 sen dari RON97 (RM1.80 harga sekarang) tetapi mahal 5 sen dar RON92 (RM1.70 harga sekarang), manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.]* Harga mengikut perubahan pasaran kangkung semasa.
Maka aku mulai 1 September yang lalu mulalah menaruk motakarku dengan Ron 95. KUNING!! KUNING!! Jerit aku pada Mamat Bangla yang kerja kat stesen Shell ( 1 kilometer persegi dari rumah aku) setiap kali aku mengisi minyak.
Sehingga pada bulan lepas aku merasakan perjalan aku dari dari Kemaman ke Kuala Terengganu dengan mobil Naza Suria telah menjatuhkan kemaluanku. Aku di sindir oleh Kem Komandan mengatakan enjin ketaku semput, pecutan pun tiada, berat dan sememangnya aku perasan. Apatah lagi kos isi minyak luar dari kebiasaan. Sedangkan liternya lebih berbanding aku isi Ron 97.
Seminggu kemudian aku mengebas keta Proton Persona ibuku untuk ke Janda Baik dan kos minyak seolah ke KL.
Semenjak dari itu aku kembali menggunakan Ron 97, enjin lebih lancar…keta pun laju macam biasa. [Tapi takde lah sampai 160 km/j maklumlah Suria Auto….paling laju 140-150 km/j je.
Apa pula pandangan, pendapat dan rasa korang menggunakan Ron 95? (cuma jilat, ada rasa perbezaan dop?)
Statistik (Bermula 27 Dis 2010)
Artikel Pilihan
-
Aku Masih Di Sini.mp3 Uploaded 11/10/2009 5.68 MB Aku Takkan Bising.mp3 Uploaded 11/10/2009 5.85 MB | C.I.N.T.A.mp3 Uploaded 11/10...
-
Antara deretan kedai baru dan lama di bandar Dungun. Masih kekal, kedai-kedai lama ala "Pekan Koboi" masih dikekalkan nostalgianya...
-
CALON BARISAN NASIONAL PARLIMEN P039 - Maltulidi Bin Jusoh >>> *muatturun biodata N25 - Dun Bukit Besi = YB Din Adam N26 - Dun Kua...
-
Siapakah sebenarnya mangsa? Ikuti artikal ini …mangsa adalah org yang saya maksudkan didalam artikel tersebut. Saya lah orang yang mengurusk...
-
Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=63 Nama rasmi apabila sesuatu versi Ubuntu apabila dikeluarkan sebagai versi ...
-
Sila perhatikan klip video di bawah terlebih dahulu : (klik butang PLAY) Apa yang meragukan perakam video tersebut "zoom" pada mas...
-
Aku tengok Buletin Utama tadi, ter”lawak” la pulak rasanya tengok pasal “Palimen Sepanyol luluskan rang-undang undang haramkan laga lembu bu...
-
PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SETELAH SELESAI MEMASANG LINUX UBUNTU 9.10 KARMIC KOALA So you've just installed Ubuntu 9.10, the cute ...
-
PROGRAM MALAM ANAK DUNGUN DI PERANTAUAN iii Tarikh : 25.01.2008 Tempat : Aras 4 Dewan Merdeka PWTC Atucara majlis : 8.30 mlm - Semua tetam...
Label
Blog List
-
How I Wish You Were Here.... - *Assalamualaikum... * setelah difikir-fikirkan akhirnya saya memutuskan untuk membuang semua post2 lama di dungunblog.. dan mulai hari ini saya akan lebih ...12 tahun yang lalu
-