Halaman

Sabtu, 19 Disember 2009

Negara “matador” Haramkan Laga Lembu!

Aku tengok Buletin Utama tadi, ter”lawak” la pulak rasanya tengok pasal “Palimen Sepanyol luluskan rang-undang undang haramkan laga lembu buatmatador.bullfight.10 buat kali pertama”

Emm…sememangnya Sepanyol sebuah negara yang terkenal dengan aktiviti-aktiviti “kelembuan” ini. Tapi aku tak pasti la diorang haramkan “laga lembu dengan lembu” dan masih halalkan “laga lembu dengan matador” ataupun kedua-duanya sekali.

Aku suka Sepanyol, pasal aku minat Raul Gonzales.

matador

Jumaat, 18 Disember 2009

Tanda 100 Hari Sebelum Kita Menemui Ajal

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.  kubur1
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

 

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membua tpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung ibanyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagiorang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Selasa, 15 Disember 2009

RON 95 vs RON 97

Sejak kerajaan mengumumkan pengeluaran minyak Ron 95 menggantikan Ron 97 [klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter murah 5 sen dari RON97 (RM1.80 harga sekarang) tetapi mahal 5 sen dar RON92 (RM1.70 harga sekarang), manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.]* Harga mengikut perubahan pasaran kangkung semasa.ron9597

Maka aku mulai 1 September yang lalu mulalah menaruk motakarku dengan Ron 95. KUNING!! KUNING!! Jerit aku pada Mamat Bangla yang kerja kat stesen Shell ( 1 kilometer persegi dari rumah aku) setiap kali aku mengisi minyak.

Sehingga pada bulan lepas aku merasakan perjalan aku dari dari Kemaman ke Kuala Terengganu dengan mobil Naza Suria telah menjatuhkan kemaluanku. Aku di sindir oleh Kem Komandan mengatakan enjin ketaku semput, pecutan pun tiada, berat dan sememangnya aku perasan. Apatah lagi kos isi minyak luar dari kebiasaan. Sedangkan liternya lebih berbanding aku isi Ron 97.

Seminggu kemudian aku mengebas keta Proton Persona ibuku untuk ke Janda Baik dan kos minyak seolah ke KL.

Semenjak dari itu aku kembali menggunakan Ron 97, enjin lebih lancar…keta pun laju macam biasa. [Tapi takde lah sampai 160 km/j maklumlah Suria Auto….paling laju 140-150 km/j je.

 

Apa pula pandangan, pendapat dan rasa korang menggunakan Ron 95? (cuma jilat, ada rasa perbezaan dop?)

Menunggu Khabar Dari Tingkat 15

Hari demi hari blergh sepanjang minggu ini aku tidak mendengar sebarang perkembangan positif dan berita terkini dari “Tingkat 15”. Apa cerita ni? Rasanya aku dan rakan – rakan antara yang terawal penyelesaikan sebagai mana yang di arahkan “setiap 3 siri”.

Dah lama ni takkan masih ada kat “Tingkat 9” lagi kot? Kalu yang baru ni lain lah, tak kisah sangat, kalu la yang awal dulu masih lagi “Tingkat 9” tak naik-naik “Tingkat 15” lagi….ini bikin gua panas beb !

Takpe lah rakan-rakan, sementara menunggu gadailah apa yang yang ada, mari lah sama-sama kita menunggu dan terus menunggu sehingga wajah kita berpetak macam ni.

face_bored Muka aku dah jadi camni? Rakan seperjuangan bagaimana lah agaknya.

 

wisma(Gambar ini sekadar hiasan…hahahaha)

Isnin, 14 Disember 2009

Aku, Koordinator & Program Bakti Remaja

IMG_8604

Ahad, 6 Disember 2009

Jeput aka Cengkodok

Ntah…takde apa yang nak dikongsikan. Cuma citenya pagi tadi aku bangun awal pegi pasar Dungun beli udang kecik – kecik, pastu jagung+lobak+kacang (yang telah dipack), bilis untuk membuat JEPUT kata orang Teranung, ataupun CENGKODOK kate orang luar…ataupun CENGKATAK!!! Hahahaha….

Bahan-bahan:

udang kecik (tak tau nama), tepung gandum, minyak sawit tanpa kolestrol, kacang, lobak, jangung, bilis, kuali, sudip, pinggang mangkuk, tong gas, bla bla bla.

Caranya :

1. Sampai rumah, udang – udang tersebut hendaklah dibuang kulit kulit beliau terlebih dahulu.

2. Masukkan tepung gandum, taruk air, sedikit air garam…kacau ler.

3. Dah sebati masukkan udang yang telah ditelanjangi itu tadi, masukkan kacang+jagung+lobak. Kalu korang nak masukkan hirisan bawang besar pun ok. Lantak korang la kalu nak masukkan tulang ikan ke, kobis ke, tembikar ke…takde orang marah.

4. Goreng la…

5. Toskan serta hidangkan.

p/s : Bilis? dalam senarai bahan-bahan ada bilis…bila time nak masukkan bilis. Rupanya aku terlupa la nak masukkan. So simpan la bilis tu untuk bagi makan kucing ataupun untuk resepi akan datang. Selamat masak-masak.

jeput jeput2 jeput3 jeput4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...